Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh _monggo pinarak ingkang sekeco_

Rabu, 17 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha, semoga kita dapat mengerti dan mengambil akan Hikmah yang terkandung di dalam hari kedatangannya.

Hari_Raya_Aidiladha

Hari Raya Aidil adha ( bahasa Arab : عيد الأضحى ' Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia.
Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidil fitri yang disambut pada setiap 1 Syawal .
Aidil adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil adha serta khutbah Aidil adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidil adha adalah perayaan yang istimewa karena ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil adha dan Hari Tasyrik ialah ibadah korban.
Ibadah korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari yaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam.
10 Zulhijjah merupakan tanggal penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar kota Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling baik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi- wangian.

Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidil adha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidil fitri.
Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidil adha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.
Hikmahnya dilambatkan sedikit solat sunat Aidil fitri adalah untuk memberikan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajiban mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidil adha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang pertama dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan.
Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara besama-sama di kawasan masjid sebelum dibagi-bagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidil adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan.

Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong menziarahi perkuburan orang yang disayangi.
Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua.

Selepas itu semua orang akan makan, berbagai makanan yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Hari Raya Aidil adha dalam hadis Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r. a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu yaitu Aidil fitri dan Aidil adha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai dari pada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) " Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadah korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadah korban ini diridhoi Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadah korban yang kamu lakukan." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al- Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada adzan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidil fitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidil adha).
Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r. a bahawa: Tidak ada adzan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidil fitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya.
Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Selamat Hari Raya Aidil Adha, semoga kita dapat mengerti akan Hikmah yang terkandung di dalam kedatangannya.

Tidak ada komentar: