Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh _monggo pinarak ingkang sekeco_

Senin, 08 November 2010

HIDUP SEHAT

Cara hidup sehat yang baginda amalkan

1. Selalu bangun sebelum subuh. Baginda mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh dan mengerjakan solat sunat, solat subuh secara berjemaah.

Hikmahnya ialah mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta menajamkan akal fikiran.

2. Aktif menjaga kebersihan. Baginda selalu bersih dan rapi. Setiap khamis atau jumaat, baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

3. Tidak makan berlebihan.
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk tiga benda, udara, air dan makanan.
Kebaikan berpuasa yang diwajibkan untuk umat islam adalah untuk menyeimbangkan kesehatan, baginda juga selalu berpuasa sunat. Sabda Rasulullah s.a.w "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (sampai kenyang)"

4. Gemar bejalan kaki. Baginda berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir liang roma terbuka dan peredaran darah menjadi lancar dan baik untuk mencegah penyakit jantung

5. Tidak pemarah.
Marah itu dari syaitan, apabila marah segeralah mengambil wuduk dan sholat 2 rakaat bagi ketenangan dan menghilangkan gundah hati. Kekuatan muslim bukan terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kekuatan dan kebersihan jiwa. Muslim yang baik juga adalah mereka yang mampu mengawal sifat marah kerana itu sebahagian dari cara hidup seghat rasulullah.

6. Optimis dan tidak berputus asa. Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu memperbanyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t

7. Tidak iri hati.
Cara hidup sehat rasulullah seterusnya ialah menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, sikap iri hati perlu dihindarkan.

8. Pemaaf. Sifat yang dituntut bagi mendapatan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain akan dapat membebaskan diri dari dibelenggu rasa bersalah. Apabila kita marah, sifat marah itu akan melekat dalam hati. Jadilah pemaaf untuk membersihkannya. Bahagia sebenarnya bukan mendapat, tetapi memberi.

Tidak ada komentar: