Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh _monggo pinarak ingkang sekeco_

Senin, 06 Juni 2011

UNTUK DIRI BERHATI
: Ya Ilahi, sekiranya Engkau menerima taubatku dan mengampuni dosaku, maka muliakanlah daku dengan kekuatan kefahaman dan kekuatan hafalan.
 Sehingga aku dapat mengingati setiap perkara yang aku telah mendengarnya tentang ilmu pengetahuan atau Al-Quran.
 Ya Ilahi, muliakanlah daku dengan merdunya suara dan bagusnya gaya suara sehingga sesiapa sahaja yang mendengar bacaanku (Al-Quran) akan bertambah-tambah kelembutan di dalam hatinya dan kecintaan kepadaku walaupun dia seorang yang keras hatinya. 
Ya Ilahi, muliakanlah daku dengan rezeki yang halal dan rezeki dari arah yang tidak kukirakan kedatangannya.


Ya Allah, keluarkanlah daku dari kegelapan khayalan.
Muliakanlah daku dengan sinaran kefahaman.
Bukakanlah untukku pengetahuan ilmu.
Perelokkan akhlakku dengan sifat penyantun.
Mudahkanlah untukku semua pintu anugerah-Mu.
Limpahkanlah kepadaku perbendaharaan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah, sinarilah hatiku dengan cahaya hidayah-Mu sebagaimana Engkau menyinari Bumi dengan cahaya matahari-Mu.
Wahai Tuhan Yang Membuka, wahai Tuhan Yang Mengetahui; bukakanlah hatiku dengan pembukaan yang hampir.
Wahai tuhan yang membuka, wahai Tuhan Yang Mengetahui.

Ya Allah, sinarilah penglihatanku dengan berkahnya Al-Quran.
Lapangkanlah dadaku dengannya.
Gerakkan badanku dengannya.
Fasihkan lidahku dengannya.
Segerakanlah fahamanku dengannya.
Kuatkanlah azamku dengannya.
Dengan daya dan kekuatan-Mu karena sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (daya dan kekuatan) Engkau, wahai Tuhan Yang Amat Mengasihani.

Ya Allah, sesungguhnya aku menyerahkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku.
Maka kembalikanlah (peringatan) semula kepadaku apabila aku memerlukannya dan janganlah Engkau menjadikan aku melupainya.
Limpahkanlah sholawat kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. yang memiliki cahaya untuk menghilangkan kelupaan dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabatnya.

Maka Kami telah memberikan kefahaman kepada Nabi Sulaiman mengenai hukuman (yang lebih tepat).
Dan Kami berikan hikmah dan ilmu pada kedua-duanya.
Dan Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semuanya bertasbih bersama Nabi Daud.
Dan Kamilah yang (berkuasa) melakukannya.

Wahai Tuhan Yang Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri, Wahai Tuhan Nabi Musa, wahai Tuhan Nabi Ibrahim, wahai Tuhan Nabi Muhammad s.a.w.
Muliakanlah daku dengan mengurniakan cahaya kefahaman.
Dan karuniailah daku ilmu, hikmah dan akal yang cerdas dengan berkah nama-namaMu, wahai Tuhan Yang Mulia.
Ya Allah, limpahkanlah keselamatan dan ksejahteraan kepada penghulu kami Muhammad serta keluarga dan para sahabatnya.

Wahai Tuhan Yang Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri, wahai Tuhan Pencipta langit dan Bumi, wahai Tuhan Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Engkau.
Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menghidupkan hatiku dengan cahaya hidayah-Mu, wahai Tuhan Yang Amat Mengasihani.

Ya Allah, limpahkanlah Allah, sholawat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda yang tiada berkesudahan kesempurnaannya.
Ya Allah, jadikanlah jiwaku tenang dengan mempercayai akan perjumpaan dengan-Mu, ridha dengan keputusan-Mu dan bersyukur dengan pemberian-Mu.
Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.
Hilangkanlah kegagapan lidahku supaya mereka memahami perkatanku.

Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmah (kebijaksanaan) Engkau dan bentangkanlah kepada kami perbendaharaan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Amat Mengasihani dari segala yang mengasihani.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu ( yang serba mewah).
Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah dari padanya.
Katakanlah (wahai Muhammad) : "Kalaulah semua jenis lautan menjadi dakwat untuk menulis perkataan-perkataan Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis perkataan-perkataan (ilmu) Tuhanku walaupun Kami (allah) tambahi lagi dengan lautan sepertinya sebagai tambahan."
Katakanlah (wahai Muhammad) :"Sesungguhnya aku hanyalah manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu. Oleh itu sesiapa yang percaya dan mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amalan yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadah kepada Allah".

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tersembunyi padaku dan apa yang zahir padaku, maka terimalah kelemahanku ini.
Engkau mengetahui hajatku, maka perkenankanlah doaku.
Engkau mengetahui rahasia hatiku,maka ampunilah dosaku.
Wahai Tuhan yang mengetahui mata yang jahat dan apa yang tersembunyi di dalam hati.
Sedang Allah menghukum dengan kebenaran manakala sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah tidaklah menghukum sesuatupun.
Sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Ya Allah, karuniakanlah kepadaku ilham kecerdasan dan peliharalah daku dari kejahatan nafsuku.

Ya Allah, bukakanlah kepadaku penyingkapan para a'rifin (wali yang mengenali dan dekat dengan Engkau) dengan mengaruniakan ilmu kebijaksanaan Engkau.
Dan bentangkanlah kepadaku rahmat-Mu.
Dan peringatkanlah apa yang aku lupai, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.

Wahai Tuhan yang ditangan-Nya terdapat sumber-sumber segala kebaikan.
Dan kepada-Nya kembali segala urusan.
Wahai Tuhan Yang Maha Pembuka, wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, bukakanlah kepadaku dengan penyingkapan yang dekat.
Wahai Tuhan Yang Maha Pembuka, wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung ke atas mereka seolah-olah gunung itu naungan awan dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka. (Dan Kami berkata kepada mereka):"Peganglah dengan teguh apa yang Kami berikan kepadamu dan ingatlah apa yang terkandung di dalamnya agar kamu menjadi orang yang bertaqwa."

Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah.
Tiada Tuhan melainkanAllah dan Allah Maha Besar.
Tiadalah daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Sebanyak setiap huruf yang telah ditulis (oleh manusia) atau yang akan ditulis.
Terus-menerus selama berkekalan kurun dan berterusan masa.

Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, Tiada Tuhan melainkan Dia.
Tuhan Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri.
Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi serta menciptakan semua benda yang berada di antara keduanya (Aku memohon ampun) dari segala dosaku, kezalimanku dan keterlaluanku terhadap diriku.
Aku bertaubat kepada-Nya.

Aku beriman kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan Yang Hidup, Tiada sekutu bagi-Nya.

Ya Allah, kasihanilah daku dengan berkah Al-Quran yang agung.
Jadikanlah Al-Quran itu pemimpin, cahaya petunjuk dan rahmat bagiku.
Ya Allah, peringatkanlah kepadaku apa-apa yang aku lupakan, ajarkan daku apa yang aku tidak ketahui.
Kurniakan aku membaca Al-Quran siang dan malam dan jadikanlah Al-Quran itu hujjah untukku, wahai Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, pada penglihatanku cahaya dan pada pendengaranku cahaya.
Juga jadikanlah di kiriku cahaya, di atasku cahaya, dibawahku cahaya, di depanku cahaya dan dibelakangku cahaya.
Jadikanlah dalam diriku cahaya dan besarkanlah cahaya bagiku.

Ya Allah, tambahkan ilmu kepadaku dan karuniakanlah kefahaman yang bagus kepadaku.

Wahai Tuhan yang mengajarkan ilmu hikmah kepada Nabi Ibrahim,ajarkanlah saya ilmu hikmah.
Wahai Tuhan yang memberi kefahaman kepada Nabi Sulaiman,karuniakanlah kefahaman kepada saya.

Ya Ilahi, sekiranya Engkau menerima taubatku dan mengampuni dosaku, maka muliakanlah daku dengan kekuatan kefahaman dan kekuatan hafalan.
Sehingga aku dapat mengingati setiap perkara yang aku telah mendengarnya tentang ilmu pengetahuan atau Al-Quran.
Ya Ilahi, muliakanlah daku dengan merdunya suara dan bagusnya gaya suara sehingga sesiapa sahaja yang mendengar bacaanku (Al-Quran) akan bertambah-tambah kelembutan di dalam hatinya dan kecintaan kepadaku walaupun dia seorang yang keras hatinya.
Ya Ilahi, muliakanlah daku dengan rezeki yang halal dan rezeki dari arah yang tidak kukirakan kedatangannya.

Dan sesungguhnya Kami telah mengaruniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dan mereka bersyukur dengan mengucapkan : "Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari pada hamba-hambanya yang beriman."
Dan Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan Daud) dan berkata :"Wahai manusia, kami telah diajari bahasa burung dan kami diberi segala sesuatu (yang diperlukan), sesungguhnya (semua ini) adalah karuniaan yang jelas lagi nyata.

Maha Suci Engkau (Ya Allah)
Tiadalah yang kami tahu selain dari apa yang Engkau telah ajarkan kepada kami.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Tidak ada komentar: