– Mendorong diri untuk bersiap-siap menghadapi kematian sebelum datangnya.
– Memendekkan angan-angan untuk lama tinggal di dunia yang fana ini,
kerana panjang angan-angan merupakan sebab paling besar lahirnya
kelalaian.
– Menjauhkan diri dari cinta dunia dan redha dengan yang sedikit.
– Menguatkan keinginan pada akhirat dan mengajak untuk berbuat ta'at.
– Meringankan seorang hamba dalam menghadapi ujian dunia.
– Mencegah kerakusan dan ketamakan terhadap nikmat duniawi.
– Mendorong untuk bertaubat dan muhasabah kesalahan masa lalu.
– Melembutkan hati, membuat mata menangis, memberi semangat untuk
mendalami agama dan menghapuskan keinginan hawa nafsu.
– Mengajak bersikap rendah hati (tawadhu'), tidak sombong, dan berlaku zalim.
– Mendorong sikap toleransi, mema'afkan teman dan menerima kesalahan
dan kelemahan orang lain.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar