Ada pepatah mengatakan " Orang yang mudah berjanji, biasanya mudah mengingkarinya" .
Jika dihayati pepatah ini, memang ada benarnya.
Cuba kita lihat manusia sekeliling kita.
Biasanya orang yang suka membuat janji tidak akan benar-benar memikirkan ucapannya.
Cepat sangat ia mengeluarkan kata-kata janji tanpa berfikir panjang.
Inilah bahayanya jika terlalu cepat mengeluarkan kata-kata janji.
Mungkin apa yang ia fikirkan ialah yang penting, perkara dihadapannya ketika itu selesai cepat.
Contoh mudah ialah orang datang menagih HUTANG dengan kita.
Untuk mengelak dari masalah rumit atau pergaduhan ataupun diketahui orang lain, kitapun dengan cepat mengeluarkan kata-kata janji sekian-sekian untuk membayar.
Namun, setelah tiba hari yang dijanjikan, kita akan cuba mengelak dari bertemu dengan orang tersebut.
Alangkah kesihannya orang itu datang dari jauh ke rumah kita atau ke tempat kerja kita semata-mata hanya untuk mengambil kembali uangnya sebagaimana waktu yang telah dijanjikan oleh peminjam.
Yang aneh dan ajaibnya, saat orang itu datang, pandai benar kita menghilangkan diri.
Kadang-kadang staf atau rakan-rakan sekerja sendiri tidak tahu ke mana kita menghilang saat itu.
Akibatnya menunggulah orang itu dihadapan kita sampai 2-3 jam.
Namun, kelibat kita hari itu tidak kelihatan.
Kesihannya orang itu.
Mungkinkah fenomena ini biasa berlaku di sekeliling kita.
Tepuk dada tanyalah hati sendiri.
Begitu juga bagi siapa-siapa yang ada KAD KREDIT .
Menggunakan kad kredit memang mudah dan gampang sekali.
Ini realiti yang berlaku dalam masyarakat kita.
Mengapa begitu.?
Kerana kita memakai kad kredit.
Jadi mudahlah membayar ketika itu.
Saat itu kalau mau beli barang,semua boleh saja.
Namun, di akhir bulan, kita sudah risau memandang sudah banyak duit hutang yang kita perlu bayar kepada pihak bank.
Setelah itu, mulailah kita menerima panggilan dari pegawai bank yang menanyakan kapan kita akan membayar hutang kad kredit.
Paling malang, bila kita sedang ngobrol bercerita dengan teman-teman, tiba-tiba hp kita berdering.
Sekali dilihat, tertera perkataan PRIVATE NUMBER.
Pastilah..!
Ini mesti dari bank masalah pembayaran kad kredit.
Saat itu, perbincangan yang seru terhenti seketika.
Muka kita tiba-tiba menjadi tidak lagi ceria.
Teman-Teman kita seperti mengetahui akan apa yang kita hadapi.
Bila pegawai bank tanya kapan kita akan membayar, tanpa berfikir panjang, kitapun mengatakan "ya, ya,minggu ni, paling lambat hari jumaat ni".
Begitulah agaknya kata-kata kita untuk menamatkan segera panggilan tersebut.
Kita sedar atau tidak, itulah janji kita kepada yang telah meminjami, itulah amanah yang perlu kita pikul dan tunaikan.
Bagi pihak bank, panggilan tersebut akan direkodkan.
Segala janji tadi telah direkodkan dan tidak di lupakan.
Pada hari jum'at sebagaimana dijanjikan, pihak bank membuat panggilan telpon.
Mulailah kita mencari alasan untuk mengelak diri dari menjawab.
Terkadang sengaja kita biarkan hp kita berdering beberapa kali tanpa diangkat. Mengapa.?
Kerana kita sudah tahu, dengan timbulnya pemanggil PRIVATE NUMBER itu, itu maknanya panggilan dari bank soal kad kredit.
Apabila panggilan dibiarkan, panggilan itu akan berstatus MISS CALL .
Dengan itu kita ada alasan untuk memanjangkan cerita masalah kad kredit itu.
Sekurang-kurangnya kita sudah terlepas satu MASALAH buat SEMENTARA.
Saudaraku, pernahkah kita menghadapi situasi ini?
Ngom0ngin soal hutang dan janji manis kita untuk melunaskannya, rasanya banyak orang yang terlibat hal seperti ini.
Dari yang SEKAYA-KAYAnya hingga SEMISKIN-MISKINnya.
Dari PEGAWAI TINGGI hingga Bawahan.
Sehingga ada orang pernah kata "HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN HUTANG".
Memang ada kebenarannya kata-kata ini.
Hari ini andai anda ke Mahkamah Syariah, anda akan percaya kata-kata ini.
Dalam kes pembahagian harta pusaka si mati, anda akan dapati tidak kurang banyaknya bilangan orang yang meninggal dunia tanpa sempat membayar hutang.
Baik hutang kepada bank atau hutang dengan orang perseorangan.
Tidak keterlaluan bahawa ada juga para waris yang terpaksa MENGGIGIT JARI karena gara-gara hutang si mati yang banyak, akhirnya harta peninggalan si mati jadi SedIKIT atau habis semua.
Kenapa habis?
Karena digunakan untuk menutup segala hutang-piutang si mati.
Akhirnya yang waris dapat hanyalah KEPENATAN turun naik turun naik ke Mahkamah semata-mata menyelesaikan harta peninggalan si mati.
Ikut hukum Islam, sebelum harta simati dibagi kepada waris-warisnya, salah satu hak simati yang WAJIB ditunaikan ialah melunaskan segala hutang simati terlebih dahulu.
Maknanya, harta simati tu harus digunakan untuk melunaskan hutang terlebih dahulu.
Jika ada lebih, lebihnya itulah yang dinamakan sebagai harta pusaka si mati yang sebenar.
Terkadang semasa hayatnya, simati memang mempunyai kemampuan untuk membayar hutang tersebut.
Tapi, sikap asli/malas manusia menguasai diri sehingga kewajiban membayar hutang dilambat-lambat atau ditunda-tunda.
Jika dituntutpun, jawaban yang biasa diberikan ialah "Baah, nanti hari, tgl sekian-sekian saya bayar".
Bila di tanya/tuntut lagi, jawapannya mulai tambah canggih seperti "Ok! Ok! Kau tunggu saja hari jumaat ni, sebelum jam 11.00 pagi, saya datang office!.
Jangan pula kau tiada sana masa itu! ".
Jawapan yang cukup menyakinkan.
Ayat-ayat power "Jangan pula kau tiada di sana masa tu" itulah yang paling berharga dan sangat mengembirakan orang yang menuntut hutang tadi.
Orang yang menagih hutangpun merasa gembira dan begitu yakin bahwa orang tersebut akan datang pada hari dan masa yang disebutkan untuk melunasi hutang.
Apa yang berlaku selepas itu?
Sah.!
Batang hidungpun tidak kelihatan.
Inilah janji namanya.
Janji memang mudah diucapkan tapi amat sukar ditunaikan.
Saudaraku, hal-hal begini perlu direnungi.
Ini karena, kegagalan kita menunaikan janji bakal membawa kesulitan.
Bukan saja kita yang sulit di dunia, malah kita akan berhadapan kesulitan berpanjangan selepas kematian kita.
Kita jangan lupa bahawa biarpun kita banyak amal kebajikan semasa hidup, namun, kalau kita masih berhutang dengan orang lain, maka roh kita juga menghadapi kesulitan yang cukup hebat di alam sana.
Bahkan, orang-orang yang punya hak ke atas kita akan menuntut hak mereka keatas kita di akhirat kelak.
Begitu juga, keluarga tersayang kita juga akan kesulitan apabila kita tinggalkan mereka buat selama-lamanya.
Mereka harus menanggung melunaskan hutang kita melalui sedikit harta yang kita tinggalkan.
Jika tidak cukup juga, keluarga kita juga yang harus mengambil, memakai harta mereka untuk melunaskan hutang kita.
Akhirnya, mereka tidak mendapat apa-apa harta pusaka kita, sebaliknya mereka juga yang mengeluarkan harta mereka sendiri untuk menyelesaikan hutang kita.
Inilah yang perlukita fikirkan jika kita punya hutang.
Fikirkan kesan akibatnya jika kita gagal melunasi hutang kita.
Bukan saja kita rugi, bahkan, waris-waris kita juga turut mendapat kerugian dari tindakan kita.
Oleh sebab itu, jangan mudah membuat janji manis dalam soal hutang.
Sebab, janji manis itulah nanti yang akan memudaratkan kita, waris-waris kita dan orang lain yang telah memberi hutang kepada kita.
SELAMAT MEMBAYAR HUTANG
Tanpa hutang enak tidur enak makan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar